Wednesday, September 28, 2011

Untuk lelaki yang kami kenali....

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

Friday, September 23, 2011

Muffin chocolate la pulak...

Assalamualaikum kengkawan...!

Dok belek2 koleksi resepi td terserempak pulak ..( waaaahh..terserempak la sangat...) dgn satu resepi ni..Chocolate chip muffin..dah lama Nim simpan resepi ni dan ia antara resepi yg mula2 Nim cuba bila minat membaking ni datang...hehehe..Nim dapat resepi ni pun dr Youtube- Nigella Lawson yg jelita tu ajar...
So, pada kengkawan yang rasa nak cuba...cuba la buat resepi  ni...senang dan sodap!

Chocolate chip muffin

1 3/4 cup tepung
2 sudu baking pdr.
1/2 sudu soda bikarbonat
2 sudu serbuk koko
3/4 cup gula
3/4 cup coklat chip
1 cup susu cair
1/3 cup minyak
1 telur
1sudu esen vanilla

Cara-cara
1. Dalam satu magkuk, campur tepung dgn baking pdr,soda,koko,gula dan coklat chip. Kacau rata bahan2 kering tersebut
2. Dalam mangkuk lain campurkan susu,telur,minyak dan esen vanilla. Kacau sebati.
3. Tuang adunan basah ke dlm adunan kering tadi.
4. Masukan dlm papercup. Bakar 20 minit.

Moistnye kek coklat tu....

Assalamualaikum kawan-kawan semua...


Hmmm....mood hari  ni...nak kongsi satu lg resepi!!!!
Resepi kek ni sumbangan CikNa..Senang je buat dia..yang penting hasilnya mabelesssss...
Pada penggemar kek coklat...cube la ye..


KEK CHOCOLATE NIM'S KITCHEN 


 Bahan - bahan 
 2 cwn gula
 1 cwn air panas
 1 cwn serbuk koko
 2 cwn tepung gandum
 2 sudu baking pdr.
 1 cwn susu cair
 3 biji telur
 1 cwn minyak 
 1 sudu esen vanila

 Cara-caranya 
 1 Masukkan gula dalam air panas. Kacau sebati.
 2 Masukkan telur. Kacau. Masukkan esen vanila.
 3 Masukkan susu cair, minyak. Kacau lagi
 4 Masukkan koko,tepung dan baking pdr yg sudah diayak.
 5 Kacau sebati semua bahan.
 6 Kukus selama 1 1/2 jam dgn api perlahan. Selamat mencuba!!!

 Untuk coklat cair
 1 tin susu pekat
 1 cwn koko pdr
 1/2 cwn minyak 
 1 sudu esen vanila

 Cara-caranya
 1 panaskan susupekat.
 2 masukkan koko pdr.
 3 masukkan minyak dan esen vanila

Thursday, September 22, 2011

Untuk suami yang kami sayangi...

Assalamualaikum...


Bagi para suami...renung renungkan...


Berikut adalah petua ke arah mengubah diri menjadi lelaki dikagumi dan juga suami misali. Cubalah lihat ke dalam diri dan nilai sama ada anda memiliki sifat ini.

1. Pasang niat dan berdoa menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan bagi anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami misali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja atau ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sekadar menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan atau mesej itu.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat-menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elak berbual perkara melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali-sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda tampan, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tidak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan pastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami misali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja atau tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dengan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad saw sebagai contoh. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Ingatkan isteri lakukan sembahyang fardu dan sunat.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara dan berteras iman serta takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dahulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isteri.



Credit to Spiderdin

Impian seorang yang bergelar ISTERI

Assalamualaikum semua...


Selamat tengahari! Dah makan? Nim baru selesai makan t.hari kat kedai makan Kak Mok td..menu hari ni kari kepala ikan..sedap! habis nasik sepinggan! hehehe..


Ok la kengkawan..Nim nak sambung kerja..sblm tu, ade sesuatu yg Nim nak kongsi dgn kawan2 ...


Utk isteri2 , bakal jd isteri dan yg ade hajat nak jd isteri....agak2 la kan...berapa byk yg kite dah skor???

1. Sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

2. Sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

3. Menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu ALLAH anugerahkan kepada lelaki.

4. Sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

5. Sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

6. Sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

7. Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

8. Sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

9. Sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

10. Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

11. Sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

12. Sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

13.Sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

141 Sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

15. Menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.








Tuesday, September 20, 2011

Apam Polkadot

Assalamualaikum kawan-kawan..

Alhamdulillah..dpt lg kite bersiaran..cewah! Still dlm mood Syawal..masih ade lg kawan2 yg plan nak buat rumah terbuka? Alhamdulillahhh...gendang gendut tali kecapi...kenyang perut suke hati..hehe..

Hari ni Nim nak share satu lagi resepi dgn kawan2 blogger sekelian...mungkin ramai yg dah tau resepi ape bile ngk tajuk tu kan...hehehe...ok takpe..Nim baru je buat apam ni semalam..Alhamdulillah..gebus gebas apamnye..bile kite yakin dgn hasilnye bolehla bg kawan2 rase kan? Memang rezeki tu...sebahagian lg Nim bg kat mak utk majlis Rumah Terbuka kawasan mak Nim..seronok la mak...hehe..

Ok..berbalik ke topik asal...resepi ni Nim salin dr blog Miss Mirror..

3 biji telur B (dr peti sejuk)
220g aising sugar
270g tepung superfine
150ml susu cair
1 sudu ovalette
1 sudu baking powder
Warna
Filling secukupnye..

Cara-cara
1. Pukul telur dgn high speed hingga gebu.
2. Masukkan gula. Pukul lagi
3. Masukkan ovalette. Pukul lagi
4. Masukkan susu cair.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dgn perlahan2 hingga sebati..
6. Bahagikan adunan dan letak warna (water based). Isikan dlm piping bag.
7. Isikan papercup dlm acuan lompang ( Nim guna acuan tart )
8. Isikan adunan hingga penuh. Dot dotkan ikut kreativiti masing-masing.
9. Balut penutup pengukus dgn kain. Panaskan kukusan. Kukus apam dgn api perlahan 10-15 minit.
10. Kalau nak letak filling boleh isi separuh dulu adunan lepas tu pipekan filling dan tutup dgn balance adunan td hingga penuh.



Wednesday, September 14, 2011

Salam Syawal...

Assalamualaikum kawan2 semua..

Amacam raye tahun ni? lebih hebat dr tahun2 sebelum ni harap harapnye..hehe..Nim seperti biasa tahun ni beraye di Kedah...umah Tok....time raye ni yg seronok lebihnye of coz la anak2 kite..pagi2 lagi dah nak mandi..pakai baju melayu..tak sabar nak beraye...dan nak kumpul duit raye!..

Amboiiii...tahun ni Nim pecah rekod...buat kuih raye sendiri! Ade 3 jenis kuih yg Nim Buat utk raya kali ni..2 dpdnya nim dpt dr blog Sini...Terima kasih la kak Azlita krn sudi berkongsi resepi dgn semua..

Jeng..jeng..jeng..ni lah dia bbrp gambar yg sempat Nim snap utk kenangan...

Fancy Ice Cream Cookies

Almond Rock


Saturday, August 20, 2011

Cheese Tart

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan kpd semua kawan2 Nim yg sudi menjenguk blog Nim ni...
Harap semua sihat dan tabah menjalani ibadah puasa di samping orang yang tersayang..
Lama Nim tak menulis dlm blog ni..sibuk ke??? hehehe..tak juge...
Nak tau tak hobi Nim yg terbaru??
Kalau nak tau..Nim skrg sukeeeee sangat menjenguk ke blog Azlita Aziz ( Masam Manis) tu...
Layan sungguh....dr koleksi resepi, gambar hinggalah lagu2 yg berkumandang di blognye tu...Nim ni kan..kalau tak sempat ngk resepi dia , dpt dgr lagu pun dah ok...Tahniah Kak Azlita Aziz kerana berjaya dgn blog yang sgt ANGGUN dan BERSERI!

Agaknye ape la yg membuatkan Nim tergerak hati nak menulis hari ni??
Haaaa.....ramai sangat kawan2 Nim yg mintak resepi Cheesetart Nim..so Nim ingat nak kongsi la kat blog hari  ni...kan sharing is caring...ekekekeke...
Ok..pd kengkawan yg nak sangat resepi tu..ni dia...resepi ni sebenarnye Nim dpt dr blogger Azita Zain...cistartnye sangat cantik dan berseri! sbb tu Nim follow dia...tak sangka Azlita Aziz pun follow dia...

Cheese tart


Tart shell
170g Marjerin
50g aising sugar
1 biji telur B (buang sikit putihnye ye...)
290g tepung gandum ( Nim gune cap sauh )
1 sudu esen vanila

Adunan Cheese
250g Cream Cheese
50g aising sugar
1 biji telur B
Sedikit perahan lemon / esen vanila
100 ml Whipping cream ( yg ni kalau taknak letak pun tak ape..)
Filling secukupnye..( blueberry/strawberry/mango/kiwi dll..)

Cara- caranya..


1. Pukul marjerin dgn gula sampai sebati..tak perlu sampai kembang...
2. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi sampai sebati..
3. Masukkan tepung..Kacau hingga sebati..Sampai adunan tak melekat kat tangan..
4. Bungkus dgn plastic wrap..simpan adunan dlm peti sejuk lebih kurang sejam..
5. Sementara tu..pukul cream cheese dgn aising sugar sampai sebati dan berkrim.
6. Masukkan telur. Pukul lagi...
7. Masukkan perahan lemon..
8. Masukkan whipping cream..pukul semua sampai semua tu sebati..
9. Keluarkan adunan tepung dr peti sejuk..buat bebola kecik2..
10. Masukkan bebola adunan tu ke dlm acuan tart..tekan2 biar sekata..yg ni kena gune teknik..ehehehe..
11. Bakar tart shell dlm oven 170 celcius selama 10 minit..( yg ni juge ikut oven masing2 ye..)
12. Bila shell dah masak..piping kan filling..pastu pipingkan adunan cis tu utk tutup filling tu..bakar lg dlm oven dgn suhu 170 celcius sampai cis tu nampak kembung/ bila kita sentuh dia tak melekat kat jari...

Hehehee...pertama masukkan entry resepi...kalau ade kawan2 yang kurang faham..blh tanya saya samada kat FB atau sini...jgn malu2 tau!

Selamat mencuba!!

Saturday, July 23, 2011

16.7.2011

Assalamualaikum semua..


Sabtu 16.7.2011 saya godek2 komputer dan terjumpa sesuatu yg pada saya amat menarik! Software ni diberi nama PICASA...
So saya pun mengeditlah beberapa gambar dlm album saya menggunakan s/ware ni..(free je..)
Maka terhasillah video klip sulung saya...dgn tajuk Kesayanganku..enjoy this video clip ok kengkawan..!

Monday, June 27, 2011

SENARAI HARGA...

Assalamualaikum kawan2 semua!

Di sini Nim sertakan senarai harga utk tart2 yg dijual di Nim's Kitchen :

BASIC DECORATION
Sebiji = RM0.80
Minimum order = 30 pcs
Assorted fillings + topping
Sebiji = RM1.00
Minimum order = 30 pcs
Special day
Sebiji RM 1.00
Minimum order = 30 biji

Perhatian untul semua kawan2..kalau nak order dialu-alukan utk place order 3 hari sebelum tarikh makan2..harap maklum..




Saturday, June 25, 2011

25 Jun.2011


Assalamualaikum kawan-kawan!!

Tahap kesihatan hari ni tak berapa memuaskan..tekak terasa perit..batuk pun tak brp best sound dia..hehe..
Ape2 pun Alhamdulillah dpt menyiapkan tempahan 90 biji cistat utk customer tersayang...
Kat bawah ni ade Nim sertakan beberapa gambar yg sempat Nim snap lps siap susun tat tu dlm bekas smlm..


Assorted Cistat order by Fazilah (Bandar C.Home)


Assorted cistat order by Rahimah Bandar Tasik puteri


Haaaaa...yg ni Fazilah mintak tolong buatkan utk birthday mummy tersayang katenye..Ermmm...ok ke tulisan Nim tu?? Harap mummy Fazilah gembira dan moga panjang umur dan murah rezeki..Bertuah mummy Fazilah dpt anak yg baik mcm Fazilah..!

Thursday, June 23, 2011

23 JUN. 2011

Assalamualaikum semua..

Pagi ni agak sibuk di tpt kerja..tapi sempat jugak upload beberapa gambar tempahan tart yg dibuat semalam..



Ini repeat order dr Eyda Jalal Bandar Country Home Rawang..tqvm Eyda!

Wednesday, June 22, 2011

22 June 2011

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah....terima kasih tak terhingga kpd semua yg order (baru order & repeat order) cistat Nim's Kitchen..seronok bila tgk semua happy bile tart sampai ke tangan masing2..





Ini cistat yg EG order..nak buat party katenye..selamat berparty ye! Thanks for your support!

Saturday, June 18, 2011

Kesayangan ku!

Suami tersayang..terima kasih kerana menjadi seorang suami yang begitu sabar dgn Ayang dan babah yg penyayang pada anak2 kite yg comel..
Anak- anak mama yang paling comel..Harith n Haiqal..

Friday, June 17, 2011

Tartlet

Assalamualaikum..

Percubaan pertama membuat tartlet..ini hasilnye...
Seronok buat tartlet ni sbb comel sangat..
Blh order kalau nak rase..antara filling yg ade ialah s/bery,b/berry,kiwi,lemon & mango..blh pilih..


Yang terhimpit kat bwh tu ialah kiwi filling..kesian dia ...hehe..terpenyek!
Kalau dikerat tartlet tu lebih kurang cam ni la rupe dia..nampak sedap kan? Tapi yg ni sebenarnye keratan rentas utk tart..takpe..sama je cuma size tak sama..




Yang ni terbaru dr Nim's Kitchen..Cheese tart with peanut butter n almond topping..Sedappp!





17.6.2011

Assalamualaikum semua..:)

Alhamdulillah..siap juga tempahan utk hari ni..

Yg ni tempahan dr Cik Maslina Minhad. 16pcs of assorted cistat. Katenye utk hari bapa tp mase bg kat dia td rasenye tak sempat kot nak tunggu 19.6.2011..hehe..anyway, thank you very much 4 ur order..:)

Ini order dr Cik Ida Bandar Country Homes. Sama dgn Maslina- 16pcs assorted cistat..
Ida kate yg ni utk makan2 dgn mama kesayangan dia..:) 

Lepas kemas2 dapur semalam (lebih kurang pukul 1am..)teringin pulak nak rasa tart yg baru buat tu..so Nim pun belah la satu s/berry cistat..ingat nak kongsi dgn suami..sblm cistat tu "selamat" masuk mulut, sempat la jugak Nim snap beberapa imej keratan rentas tast ni utk tatapan semua..
Yg kat dasar tat tu ialah s/berry filling..:)




Thursday, June 16, 2011

16.6.2011

Salam...
Fuhhh..dah byk rasenye upload gambar ke blog ari ni..Seronok!
Malam ni akan bermula operasi menyiapkan tempahan cistat.

17.6.2011
1. Eyda Jalal (Rawang) - Assorted Tarts - 16 pcs
2. Maslina Minhad (Rawang) - Assorted Tarts - 16 pcs
3. Liza (JB) - Assorted Tarts - 32 pcs

18.6.2011
1. Ida (Country Homes) - Assorted Tarts - 32 pcs
2. Junaizah (Bandar Tasik Puteri) - Assorted Tarts - 10 pcs

Alhamdulillah..rezeki anak2 kan?

* Pesanan buat suamiku tersayang..jgn lupe tlg ayang malam ni ye..cayang Abg!!

My Prince..!


                                        Putera sulungku - AIDIL HARITH BIN SAIFUL BAHRI
                                                                     Born on 24.6.2006

Yg ni putera ke -2 - ALIFF HAIQAL BIN SAIFUL BAHRI
Born on 13.01.2010

Abang n adik..
Minum time!!
Ensemnye Yet...



My lovely sister n her family..

Ni Zahra Marsha..my anak buah..sangat comel!
Kitorag panggil Sha "bunga"..sbb dia cantik dan awangi mcm bunge...

Ni la mama dgn babah bunge..:)

I luv Chocolate!

1st time buat homemade chocolate..cantik tak? terima kasih pada kak ct zaliha anuar yg ajar Nim buat chocolate..I luv u akak..
6 cavities..
Tempahan dr Ct Nurfairus utk hantaran katenye...
Ni la bile dah digubah jd hantaran..cute je kan?


Yg ni special made by my hubby En.Saiful Bahri..utk anak2 katenye..:)

World of Tarts!


More tarts!!

Tart2 ni Nim buar special utk hantaran pertunangan Lieza dr Batu Arang,Selangor..mula2 dia order tart chocolate je tapi Nim mintak izin utk buat perubahan at last minute..hehe..Alhamdulillah dia setuju dan majlis yg berlangsung pd 12.6.11 pun dah selamat..
Ni la hasilnye..pandai Lieza pilih tema kaler ni..tak silap nim turqoise blue..cume tart kat dlm tu tak nampak..takpe la...hehe
Haaaa....yg ni plak tart utk hantaran Ct Nurfairus..dia pun dr Batu Arang..yg ni Nim sempat carikan kotak special ..

Blueberry cheese tart..


B/berry cheese tart ni tempahan dr Puan Tina..br kluar dr oven..

B/berry cistart lg..

Yg ni Cis tart with assorted toppings!
(ramai customer Nim suke yg nie..)

Chocolate tart..
Sedap juga...