Thursday, September 22, 2011

Impian seorang yang bergelar ISTERI

Assalamualaikum semua...


Selamat tengahari! Dah makan? Nim baru selesai makan t.hari kat kedai makan Kak Mok td..menu hari ni kari kepala ikan..sedap! habis nasik sepinggan! hehehe..


Ok la kengkawan..Nim nak sambung kerja..sblm tu, ade sesuatu yg Nim nak kongsi dgn kawan2 ...


Utk isteri2 , bakal jd isteri dan yg ade hajat nak jd isteri....agak2 la kan...berapa byk yg kite dah skor???

1. Sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

2. Sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

3. Menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu ALLAH anugerahkan kepada lelaki.

4. Sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

5. Sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

6. Sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

7. Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

8. Sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

9. Sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

10. Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

11. Sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

12. Sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

13.Sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

141 Sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

15. Menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.








No comments:

Post a Comment